Kerjaya Ahirine Ahirudin

Mewarisi bidang kewartawanan daripada bapanya yang juga figura industri media tersohor negara, Ahirudin Attan,[1][4][5] Ahirine memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis untuk ruangan 'Cars, Bikes and Trucks' untuk akhbar New Straits Times selama 2 tahun, dari 2014 hingga 2016 semasa beliau menjadi pelajar diploma.[3][6]

Beliau juga menulis artikel bermaklumat di akaun media sosialnya. Semasa mengikuti ijazah, beliau berkhidmat sebagai hos bersama dan wartawan penyiaran rancangan hiburan Astro Ria, Hlive dan menghabiskan tiga bulan lagi dalam rancangan itu selepas tamat pengajiannya. Ahirine juga menjadi penerbit bersama dua rancangan permainan Astro Ria, Mana Bro? dan The Jangan Show.[3]

Kerjaya lakonan Ahirine bermula pada 2020 apabila beliau ditawarkan membintangi filem Remp-It 2 arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil,[7] namun filem itu belum ditayangkan, beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Jijah dalam filem komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie (2022) yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Menerusi filem ini, beliau digandingkan bersama Hattan, Joey Daud dan Khir Rahman.[3][8] Beliau turut membintangi filem usahasama Malaysia dan Singapura, What! The Heist arahan Matt Lai, yang mana beliau memegang watak Bangkok.[3]

Ahirine juga terlibat dengan kerja aksi lagak ngeri dalam beberapa projek sinematik tempatan sebelum ini. Antara aksi lagak ngeri yang pernah dijayakannya termasuk siri The Bridge dan Gol & Gincu Vol. 2.[1][9]

Rujukan

WikiPedia: Ahirine Ahirudin http://www.imdb.com/name/nm13854444/ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/07/866391/dapat... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/08/868671/ahiri... https://www.kosmo.com.my/2022/03/11/si-lasak-ahiri... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/08... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2022/08/81... https://thread.zalora.com.my/home/woman-crush-octo... https://www.getaran.my/artikel/selebriti/20710/tra... https://www.mediahiburan.my/pernah-bertugas-sebaga...